Translate

BONUS DARI ALLAH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan bahawa setiap kakitangan awam akan mendapat imbuhan atau bonus sebagai persiapan hari raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
Tersenyum lebarlah semuanya di atas pengumuman itu.
Maka apabila tibanya 15 haribulan seperti yang dijanjikan, berpusu-pusulah kita beratur panjang berjela-jela setiap mesin ATM untuk mengambil bonus tersebut.
Kita sanggup beratur berjam-jam di mesin ATM untuk mengambil imbuhan atau bonus yang tidak kekal dan sementara itu.
Apabila keluar sahaja wang daripada mesin ATM itu, dengan senyuman manis membawa wang tersebut untuk belanja persiapan hari raya.
Beli baju raya anak isteri, beli perabot baru, beli langsir baru dan sebagainya. Pendek kata semuanya mesti tukar yang baru. Baru meriah sambut raya nanti. Inilah realiti yang berlaku.
Namun lupakah kita!
Lupakah dengan bonus Allah yang berlipat kali ganda dan kekal sempena ramadhan ini.
Jika kita kejar bonus Allah yang dijanjikan seperti kita mengejar mesin-mesin ATM itu alangkah beruntungnya hamba Allah itu.
Justeru itu, saya mengajak diri saya dan pembaca sekalian, marilah sama-sama kita mengejar bonus Allah yang kekal sebagai bekalan akhirat sempena bulan ramadhan yang mulia ini.
Kini kita sudah pun berada di penghujung ramadhan. Marilah sama-sama kita merebut peluang yang tersisa ini dengan melakukan pelbagai amal kebajikan dan pertingkatkan amal ibadah kita kepada Allah SWT dengan perbanyakkan amalan bersedekah dan mendirikan solat malam.
Mudah-mudahan tarbiyah ramadhan kali ini dapat mendidik diri kita menjadi hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.
Manakala disepuluh malam yang terakhir ini, agar lailatul qadar menjadi milik kita. Sama-samalah kita berusaha untuk mendapatkan ganjaran dan bonus Allah ini.
Wallahu a’lam.
© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat http://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya  terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.




0 komentar:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...