Translate

HARI RAYA IDUL FITRI


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Berbaki dua hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita dan pada 1 syawal seluruh umat Islam akan menyambut hari raya aidilfitri setelah sebulan berpuasa.
1 syawal dirai bagi menandakan berakhirnya bulan ramadhan yang mana umat Islam menjalani ibadah puasa dengan tekun dan taqwa. Mudah-mudahan ibadah puasa yang kita jalani selama sebulan dibulan ramadhan dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah SWT.
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, saya sekeluarga mengambil kesempatan mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN” terutama kepada seluruh ahli keluarga di kampung, seluruh warga pendidik  SK Tanjung Manis,  kepada semua kawan-kawan dan sobat-sobat tidak kira di mana anda berada sama ada di Malaysia, Indonesia dan lain-lain tempat dengan harapan semoga kedatangan syawal pada tahun ini merapatkan lagi hubungan tali silaturrahim antara kita serta memberi seribu makna di dalam kehidupan kita sebagai hamba di muka bumi ini.
Selain itu, tidak lupa juga kepada sobat-sobat pengunjung laman Kalam Abu Musaddad yang setia memberi dorongan dan sokongan yang tidak putus-putus terhadap laman ini.
Kepada para pembaca Kalam Abu Musaddad, saya juga memohon jutaan kemaafan seandainya ada di antara tulisan-tulisan saya yang menyentuh perasaan anda dan tersinggung yang menyebabkan timbulnya rasa marah dan sebagainya sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Saya doakan semoga kalian semua bahagia dan gembira meraikan kedatangan syawal nanti.
Akhir kalam, sekali lagi saya sekeluarga mengucapkan “SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…MAAF ZAHIR DAN BATIN”. Sekiranya ada kekhilafan antara kita sama ada secara sedar atau tidak, saya mohon kemaafan segalanya dari anda!!!
Wallahu a’lam.
© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM
 Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @ penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan alamat http://ibnismail.wordpress.com sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith, maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya. Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @ sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati para pelawat.




0 komentar:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...