Tiada kata-kata indah yang layak
diucapkan selain ucapan syukur ke atas segala nikmat yang di berikan
oleh Allah SWT ke atas diri kita dikala ini.
Dengan izin Allah SWT juga sekali lagi
pada tahun ini kita bertemu dan berkesempatan menyambut satu bulan yang
di dalamnya penuh dengan kerahmatan, keberkatan dan keampunan iaitu
bulan ramadhan al-mubarak.
Apabila tibanya bulan ramadhan, seluruh
umat Islam akan menjalani kewajipan ibadah puasa yang merupakan salah
satu daripada rukun Islam yang lima.
Pada bulan ramadhan juga, jin dan
syaitan diikat dan dibelenggu. Manakala Allah menutup pintu-pintu neraka
dan membuka seluas-luasnya pintu syurga. Masyaallah inilah di antara
keistimewaan bulan ramadhan. Hal ini berdasarkan Sabda Rasulullah SAW :
“Apabila datang malam pertama bulan
Ramadhan, dibelenggulah syaitan dan jin, ditutuplah pintu-pintu neraka,
dan dibukalah pintu-pintu surga, kemudian diserukan: wahai orang yang
mendambakan kebaikan, datanglah!! dan wahai orang yang benci kepada
kebaikan, bermalaslah!!. Dan sesungguhnya dalam bulan Ramadhan ini
setiap malamnya Allah membebaskan orang-orang yang dikehendakiNYA dari
api neraka. (Hadis riwayat Tirmizi)
Sedar tak sedar sudah empat hari kita
berpuasa. Justeru itu, di kesempatan ini saya sekeluarga ingin
mengucapkan “Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat
Berpuasa” kepada seluruh ahli keluarga, rakan-rakan dan
para pengunjung laman blog ini mudah-mudahan ibadah puasa kita bisa
diterima oleh Allah SWT dan ramadhan kali ini lebih baik daripada
ramadhan sebelumnya.
Wallau a’lam.
© IBNISMAIL.WORDPRESS.COM
Hak cipta terpelihara. Setiap artikel @
penulisan yang tersiar di laman blog ini dihasilkan untuk tujuan
perkongsian ilmu dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin dan
menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun mohon kerjasama agar
segala bahan sama ada berbentuk artikel, video dan lain-lain yang di
ambil daripada laman blog ini diberikan “kredit” dengan meletakkan
alamat http://ibnismail.wordpress.com
sebagai sokongan anda. Perlu ditegaskan di sini juga, sekiranya
terdapat pertentangan dengan fakta terutamanya al-Quran dan al-Hadith,
maka penulisan ini adalah terbatal dan tidak sah dengan sendirinya.
Selain itu, pemilik blog Kalam Abu Musaddad tidak bertanggungjawab sekiranya
berlaku kerosakan atau masalah pada system komputer pelawat semasa @
sesudah melawat laman ini. Mohon ampun dan maaf juga sekiranya terdapat
artikel @ penulisan di laman ini yang menyentuh dan tidak disenangi hati
para pelawat.
Tanjung
Manis, Sarawak.04 Ogos 2011/04 Ramadhan 1432
ibnismail.wordpress.com
0 komentar:
Post a Comment