Translate

Kelebihan Ber"Zikir"...


Salam semua...


Kalau kita dok perati tengok keliling kita, macam-macam cara yang manusia buat semata-mata nak cari ketenangan jiwa. Ni tandanya, rumah yang besaq belum tentu jiwanya tenang. Keretanya menajalaq belum tentu hatinya senang. Duit berlambak-lambak bukan bermakna kepala tak semak... haha...


Ini lah kelebihan Islam pasai Islam sesatunya agama yang offer satu bentuk amalan yang percuma bagi mencapai ketenangan jiwa yang satu dunia orang dok cari... Itulah ZIKIR...


Zikir ni punyai kedudukan yang sangat istimewa kerana ibadah zikir ni digalakkan sangat dalam Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah s.w.t, disertai pula rasa kasih, redha dan yakin kepada-Nya... Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:


(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)


Dalam hidup ni, kita sering sangat berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah. Ia adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.


Tapi mau dok ingat jugak, walaupun zikir ni amalan yang mudah dilakukan, tapi menjadi berat untuk dibiasakan... cakap tu mudah, nak buat tu yang payah... haha... Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan... Ini kenyataan pabila daki dosa tertampal pada hati, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang berzikir. Faktor lain, seseorang itu dibelenggu sifat mazmumah seperti hasad dengki, busuk perut, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab hati untuk berzikir.


Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.


Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan: “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”


Demikian penting dan tingginya kedudukan zikir pada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t...


Mulakan secara berdikit-dikit, kalau tak mula ngan langkah yang satu, camana la kita nak sampai langkah seribu... hehe...




1 comment:

  1. Rumah Sakit Islam Sakinah Mojokerto,telp :(0321)321922,326991,329669.sms:08563422761

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...