Salam semua...
Tak dak mimpi apa pun yang pelik pelik semalam ni... hihi... saja ja, tup tup pagi ni Pak Long teringat nak pesan kat hangpa semua supaya jangan dok lupa diri. Bukan apa, kita akan jadi tak ketahuan hala bila dah kita lupa diri. Bila kita sedaq sapa diri kita, kita akan bertindak ikut apa yang sepatutnya kita buat sebagai diri kita yang sebenaq... yang tu jaa...
Hmmm... besa la dah jadi orang tua tua ni... dia nak cakap jugak jugak apa saja yang dia rasa nak bercakap... haha...
Macam Pak Long la kan, kena sedaq yang Pak Long ni dah ada anak bini... nu Mak Long hang dok ushar dari dapoq nu... haha... Takkan nak main "dam" sampai ke pagi kot dah tau kita ni berumoq lanjut dan dah berbini... hihi... takkan nak biaq Mak Long dok tercongok sorang sorang dirumah tak berteman. Macam tu la jugak ngan Mak Long hang pun, dia tak gamak kot nak berambut kembang bila sedaq dia tu bini orang, takkan gamak berseluaq yengki cari kena perli ngan laki... hihi...
Macam tu la jugak diri kita dengan Maha Pencipta. Kita kena sedaq diri kita ni sapa disamping Allah Yang Maha Esa. Jangan jadi durhaka sampai hamba yang lupa dirinya sebagai hamba. Bila kita lupa diri kita ni hamba, maka kita otomatiknya tak bersedia untuk menerima ujian dari Yang Maha Esa. Kata taat, tapi tetiba melatah dok heran pasai apa, wajar atau tak diri kita ni diuji. Ni semua pasai kita lupa diri kita sebagai hamba.
Bila kita terlupa, maka secara tak sedaqnya kita jugak terlupa bahawa anak bini kita dan seluruh ahli keluarga kita, adalah milik mutlaq Allah s.w.t jua... Pemilik mutlaq alam ini. Sebab tu kita ni kena istighfar banyak banyak... sedaq kita ni hamba saja dan perlu sentiasa siapkan diri untuk layak diuji. Sedaq kita ni hamba supaya kita tak ego dan jangan sombong dan bersedia sebagai tapak ujian Allah terhadap hambanya. Jangan lupa jugak bahawa sujudnya kita ini adalah kerana kita hamba, milik Dia.
Luluih ujian, secara tak langsung darjat kita akan naik dari sorang hamba yang kurang baik pada hamba yang lebih baik. Tapi jangan dok bongkak dan cepat cepat kena sedaq diri yang kita ni tetap sorang HAMBA.
0 komentar:
Post a Comment