Translate

Bersabar Menghadapi Wabak Taun

htp://speakerpecah.blogspot.com
Hadith: 

Daripada  Aisyah RA, ia bertanya kepada Rasulullah mengenai wabak taun. Rasulullah SAW menerangkan bahawa wabak taun itu adalah satu azab (bala) daripada Allah yang dihantar kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi hambanya yang beriman. Maka seseorang (Mukmin) yang berada di daerah yang ditimpa wabak taun, dan terus tinggal di situ dan bersabar menghadapi bala itu serta mengetahui yang dia tidak akan terkena kecuali menurut apa yang telah ditentukan Allah. Baginya pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
Huraian Hadith: 
Orang yang bersabar menghadapi taun atau apa-apa penyakit berjangkit sepertinya aman daripada azab kubur kerana baginya ganjaran syahid dan orang mati syahid aman daripada azab kubur.
Apabila berlaku taun atau sebarang penyakit berjangkit penduduk daerah itu tidak harus keluar daripadanya supaya tidak membawa keluar jangkitannya.
Ganjaran syahid tidak terbatas kepada orang yang terkorban dalam perang jihad semata-mata malah merangkumi banyak golongan seperti orang mati kerana taun, lemas, dan lain-lain.
Setiap bala atau wabak yang diturunkan oleh Allah itu mempunyai hikmah bagi orang yang beriman iaitu orang yang bersifat ikhlas dan sabar.
Orang Mukmin yang tinggal di kawasan wabak taun tidak sepatutnya keluar dari kawasan itu sebaliknya orang luar dilarang masuk ke dalam kawasan tersebut.






Sumber: Jakim 




0 komentar:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...